KAMPUNG TIRAM JAYA, SELANGOR ( KG. CONTOH)

KAMPUNG TIRAM JAYA, SELANGOR ( KG. CONTOH)

KAMPUNG TIRAM JAYA, SELANGOR ( KG. CONTOH)

Product Catalogue

About us

A.  PROFIL KAMPUNG

  1.     Nama Kampung : Kampung Seri Tiram Jaya, 45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan
  2.     Mukim : Tanjong Karang
  3.     Daerah : Kuala Selangor
  4.     Dewan Undangan : Sungai Burong
  5.     Parlimen : Tanjong Karang
  6.     Bandar/Pekan : Tanjong Karang
  7.     Jarak ke Pekan : 9  km
  8.     Penghulu : En Ab Hakim b Hj Abd Mokri
  9.     Ketua Kampung : Tn Hj Wagiman b Idris

B.  KELUASAN TANAH

  1.     Tanah Sawah : 1135
  2.     Tanah Kelapa Sawit dan lain-lain : 2227
  3.     Tanah Perumahan : 140
  4.     Hutan simpan/kerajaan : 192                                                                                                                                                                 Jumlah : 3694

C. PENDUDUK

  1.  Petani (292) 
  2.  Buruh (215)                                                                                                                                                         
  3. Kakitangan Awam (122) 
  4. Swasta/Kilang (168)   
  5. Peniaga (24)     
  6. Suri Rumah (448) 
  7. Pelajar/Penuntut (730)   
  8.  Kanak-kanak (308)

                   JUMLAH  (2,307)

D.  SEJARAH ASAL KAMPUNG SERI TIRAM JAYA

      Kampung Seri Tiram Jaya yang dikenali pada hari ini adalah berasal dari nama Kampung Tiram Buruk yang telah dibuka          pada tahun 1932. Kampung Tiram Buruk
      sebenarnya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

  •       Kampung Tiram Buruk  (Kg Seri Tiram Jaya sekarang)
  •       Kampung Baru Tiram Buruk
  •       Kampung Ulu Tiram Buruk

       Kawasan kampung ini agak luas. Bagaimanapun kampung yang ramai penduduknya pada masa itu ialah Kampung                 Tiram Buruk. Kebanyakan penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu, manakala di bahagian kampung Baru pula                 ramai  di kalangan penduduknya terdiri daripada kaum Cina. Sementara di bahagian Ulunya tidak ramai penduduk yang           tinggal.

      Kampung Tiram Buruk pada peringkat awalnya mempunyai seramai lebih kurang 2000 ke 3000 orang penduduk dengan          bilangan rumahnya kira-kira 250 buah di bahagian kampung dan selebihnya di kawasan sawah

E. TATACARA PENTADBIRAN

1.  PENDAHULUAN

     Penubuhan JKKK adalah merupakan hasrat kerajaan bagi menjamin kemajuan dan keselamatan negara. Dalam kontek           negara ini di mana penduduk luar bandar merupakan penduduk majoriti maka JKKK ini merupakan satu petunjuk                     kestabilan ekonomi dan politik negara. Oleh kerana JKKK merupakan organisasi yang paling hampir dengan masyarakat         maka ia merupakan organisasi yang amat penting di dalam kemajuan negara. Kemajuan sesebuah kampung adalah juga         dicerminkan oleh kegigihan JKKK dan lanjutan daripada ini ialah kemajuan negara. Untuk menjamin kesinambungan ini           berlaku, maka satu organisasi JKKK yang kemas dan sihat perlu diwujudkan.

2. MATLAMAT

Di antara matlamat utama penubuhan JKKK Kg Seri Tiram Jaya ialah:

  1.     Meningkatkan kemajuan infrastruktur bagi kampung ini.
  2.     Meningkatkan pencapaian sosioekonomi anggota masyarakat kampung.
  3.     Meningkatkan pencapaian pendidikan anggota masyarakat kampung.
  4.     Memelihara keselamatan dan keharmonian penduduk berbagai segi.
  5.     Meningkatkan pencapaian anggota masyarakat dalam sosio budaya.
  6.     Mengujudkan satu kelompok masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni.
  7.     Mengujudkan satu kelompok masyarakat yang patuh dan yakin dengan ajaran agama.
  8.     Mengujudkan hubungan mesra dan harmoni di antara anggota masyarakat dengan kerajaan dan badan-badan luar.
  9.     Menjadi satu badan tertinggi di kampung ini yang bertanggungjawab terhadap badan-badan lain serta menjadi  penyelesai masalah berbangkit. 
  10.     Menjadi pendokong terhadap dasar-dasar yang dilaksana oleh kerajaan.

Ucapan terima kasih diatas kerjasama semua.

Find Us On Our Social Media

×
Information

Ops! Link Not Found.

We Accept